![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjwRu065v2ICQeynHJ5TAA5OVNFnyNIfEsW1n8-FiHfKpyRq4bXzyQQrVA5o1BAvUzmfi7Q6kvmarSiI56JwwPk2kpuRRCuHGALWG055JeN91BIf0bmO_fFDWFlZNur-5UffeEOvCz8muI/s200/29.+tasbih+gaharu+(PG).jpg)
Gaharu Si Pokok Emas.
Gaharu adalah sejenis kayu dengan
berbagai bentuk dan warna yang khas, serta memiliki kandungan kadar damar
wangi, berasal dari pohon atau bagian pohon penghasil gaharu yang tumbuh secara
alami dan telah mati, sebagai akibat dari proses infeksi yang terjadi baik
secara alami atau buatan pada pohon tersebut, dan pada umumnya terjadi pada
pohon Aguilaria sp. ( Nama daerah : Karas, Alim, Garu dan lain-lain)
Gaharu merupakan sejenis kayu
berdamar yang amat wangi bila dibakar yang terhasil dari jenis pokok kayu yang
digelar dengan nama Pokok Gaharu, Pokok Depu mahupun Pokok Karas. Nama
saintifiknya Aquilaria dari family Thymelaecae dan terdapat 15 spesies dari
genus Aquilaria. Di antaranya hanya lapan jenis sahaja yang ada menghasilkan
gaharu, dan yang terbanyak adalah dari jenis Aquilaria Crassna , Aquilaria
Malaccensis, Aquilaria Agallocha and Aquilaria Sinensis.
Sejak dari zaman purba lagi
gaharu telah digunakan dan digemari dan didagangkan dengan harga yang tinggi.
Ia menjadi bahan utama dalam upacara keagamaan, perubatan dan bahan wangian.
Bangsa Arab adalah antara pengguna terbesar dunia dan selainnya negara-negara
seperti Jepun, Taiwan, Hong Kong, Cina, Eropa dan lain-lain lagi. Gaharu juga
digunakan bagi menghasilkan pelbagai produk seperti minyak wangi, ubat-ubatan
bagi rawatan kecantikan serta minuman dan lain-lain lagi.
Pokok gaharu juga di kenali
sebagai Agarwood adalah dari genus Aquilaria. Kandungan bahan kimia yang
terdapat dalam gaharu adlah resin atau alkaloid seperti sesquiterpenes,
sesquiter-pene alcohol, kompoun oxygenated dan chromone, agarospiral,
jinkohol-eramol dan jinkool yang menghasilkan aroma wangi gaharu.
Insya Allah dengan izinNya Tasbih
Kayu Gaharu berkhasiat untuk, pagar badan, keselamatan mutlak, wibawa,
disenangi semua makhluk, ketenangan, ketentraman rumah tangga, menambah power
keilmuan apabila digunakan berdzikir, kharisma, anti guna-guna, santet, teluh
dsb. Dan masih banyak lagi khasiat lainnya..
Mahar Ikhlas Rp. 350.000,-